Aku berfikir dan terus berfikir,
apakah ini apakah itu,
kadang membuat hati berdebar,
menjadi suatu kemungkinan bagi ku.
Tetapi sekarang sudah berbeza,
ini itu bukan lagi persoalan,
suatu kepastian sudah ternyata,
kadang jadi beban perasaan.
Mungkin ini suatu tanda,
untuk kita merasa pasti,
kepastian kiamat akan tiba,
bilakah kemungkinan ini terjadi.
Karya Adie, 18 julai 2010
No comments:
Post a Comment